Sifat dan ciri fizikal Aldehid

Aldehid mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bergantung kepada hujung struktur molekul. Aldehid yang lebih kecil akan lebih larut dalam air, contoh utamanya formaldehid dan asetaldehid. Jenis-jenis aldehid yang meruap mempunyai bau yang kuat. Aldehid terurai di udara melalui proses pengautooksidaan.

Dua aldehid besar yang penting dalam industri iaitu formaldehid dan asetaldehid mempunyai tingkah laku yang rumit karena kecenderungannya menjalani pengoligomeran atau pempolimeran. Aldehid-aldehid ini juga cenderung menghidrat, membentuk geminal diol. Bahan-bahan oligomer/polimer dan hidrat ini wujud secara seimbangnya dengan aldehid induk.

Aldehid dapat dikenal pasti melalui kaedah spektroskopi. Spektroskopi inframerah menunjukkan jalur νCO kuat pada hampir 1700 s m−1. Pada spektrum NMR 1H-nya, pusat hidrogen formil menyerap hampir δH = 9 yang merupakan ciri spektrum yang khusus. Isyarat ini menunjukkan penduaan khusus pada sebarang proton atom karbon alfa.